BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum

Saya adalah salah satu trainer untuk respiratory fit testing. Tujuan test ini adalah untuk mengesan kebocoran pada alat perlindungan pernafasan (respirator) dan mempastikan pengguna memakai respirator dengan betul. 

Untuk ujian fit testing ini, kami perlu membuat semburan sensitivity test dalam keaadaan pengguna bernafas menggunakan mulut dan menjelir sedikit lidah supaya dapat mempastikan kadar sensitivity pengguna sebelum melakukan fit testing menggunakan respirator. 

Fit test ini adalah wajib bagi penguna offshore sebelum bertolak melakukan kerja dipelantar.

Apakah sah puasa pengguna tersebut jika melakukan fit testing ini.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Berdasarkan pengamatan kami, ciri-ciri respiratory fit testing ini dijalankan dengan cara mengeluarkan wap daripada cecair seterusnya pengguna dikehendaki bernafas dengan menggunakan corong yang disediakan. Respiratory fit test ini juga dilakukan mengikut keperluan iaitu setahun sekali atau sebelum pengguna offshore bertolak melakukan kerja di pelantar bertujuan bagi memastikan corong yang dipakai tidak mengalami kebocoran.

Puasa setelah melakukan Respiratory fit test adalah sah kerana menghidu atau bernafas menggunakannya dianggap seperti bernafas di udara luar yang biasa. Namun perlu dilihat seandainya semburan yang digunakan adalah sedikit iaitu dengan kadar tidak terasa di tekak, maka ia adalah dimaafkan dan tidak membatalkan puasa. Walau bagaimanapun seandainya semburan itu banyak sehingga terasa memasuki rongga tekak, maka ia membatalkan puasa.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 130

message user image