BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum,

Saya ada sikit pertanyaan tentang bayaran Zakat Fitrah ibu mertua yg tinggal sekali bersama saya.

Buat pengetahuan pihak tuan,ibu smertua saya ni ketegori ibu tunggal yg kematian suami.Hanya rumah anak² tempat dia berteduh (pindah randah)

Ibu mertua ada pencen tiap² bln,sedangkan saya tidak bekerja atas faktor kesihatan (penerima pencen ilat  dari Perkeso)

Soalan :-

Siapa yg wajib membayar zakat fitrah ibu mertua ?

Saya atau dirinya sendiri

 

 

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المرسلين وعلي أله وصحبه أجمعين أما بعد

Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan Islam yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan. Kewajipan membayar zakat fitrah bergantung kepada syarat-syaratnya iaitu Islam, wajib menunaikannya apabila terbenamnya matahari pada hari terakhir bulan Ramadhan dan memiliki lebihan harta untuk dirinya dan tanggungannya pada siang dan malam hari raya. Oleh itu, tanggungjawab bagi setiap individu Islam apabila cukup syarat seperti yang dinyatakan di atas, maka dia wajib untuk menunaikan zakat fitrah bagi dirinya sendiri serta tanggungannya yang wajib dinafkahi seperti anak yang masih kecil dan isteri.

Merujuk kepada persoalan tuan, kewajipan seorang isteri yang kematian suami (ibu mertua) untuk membayar zakat adalah tanggungjawab atas dirinya sendiri sekiranya ia memenuhi syarat seperti yang disebutkan di atas. Ini kerana zakat fitrah merupakan satu ibadah badaniah iaitu ibadah yang dipertanggungjawabkan ke atas setiap individu Muslim. Namun sekiranya menantu atau mana-mana saudaranya ingin menunaikan zakat fitrah untuk ibu mertua tersebut, maka hendaklah mendapat keizinannya terlebih dahulu.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 343

message user image