BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Saya berbuka puasa sebelum ini dengan berpandukan waktu maghrib dalam aplikasi muslim pro. Dalam aplikasi ini dinyatakan penetapan konvensyen waktu solat adalah mengikut JAKIM.

Cuma hari ke 8 puasa baru saya perasan ada perbezaan antara waktu maghrib dalam aplikasi muslim pro dengan jadual waktu solat yangbdikeluarkan oleh JAIS pagi tadi (waktu maghrib dalam aplikasi awal 1 hingga 2 minit) . Sebelum ni saya dengan yakin berbuka mengikut waktu di aplikasi (tanpa mengetahui ada perbezaan waktu ni).

Jadi adakah puasa aku sah atau tidak dan kena qadha?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

...الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Puasa yang disyariatkan adalah untuk menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa bermula daripada terbit fajar sadiq hingga tenggelam matahari. Puasa tidak berakhir dengan petanda azan oleh muazzin, akan tetapi ia telah ditetapkan oleh waktu yang sebenar. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 187:

وَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ الْأَبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ الْأَسْوَدِ مِنَ الْفَجْرِ ثُمَّ أَتِمُّوا الصِّيَامَ إِلَى اللَّيْلِ

Maksudnya: …dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (Maghrib)

Berdasarkan kepada kenyataan yang diberikan, seandainya pihak tuan berpandukan kepada aplikasi tersebut dan telah berbuka lebih awal daripada waktu sebenar sebagaimana yang telah ditetapkan, maka puasa tuan adalah terbatal dan wajib diqada'. 

Maka adalah disarankan agar pihak tuan lebih berhati-hati dan tidak terburu-buru berbuka puasa sebelum disahkan dengan yakin berpandukan kepada takwim waktu solat yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa agama negeri sama ada melalui laman web dan sebagainya.

Bagi negeri Selangor takwim waktu solat boleh diperolehi melalui pautan link ini https://www.muftiselangor.gov.my/perkhidmatan/takwim-solat-2023m-1444h. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 144

message user image