BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum tuan,  saya ingin bertanya selama saya solat subuh,  saya baru menyedari yang selepas rukuk sebelum baca doa qunut,  perlu dibaca samiallah huliman hamidah tetapi sebaliknya saya membaca Allahuakbar.  Adakah sah solat saya selama ini atau batal solat saya selama ini? dan apakah saya perlu menggantikan semua solat subuh yg telah say kerjakan? Saya berharap pihak tuan dapat menjawab pertanyaan saya.  Terima kasih. 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Para ulama berbeza pandangan tentang hukum (tasmi') iaitu sebutan sami'allahu liman hamidah ketika bangun untuk melakukan i'tidal di dalam solat. Di sisi mazhab al-Syafie, bacaan sami'allahu liman hamidah (tasmi') temasuk di dalam lafaz perpindahan (al-Intiqalaat) yang dikira sebagai sunat haiaat yang tidak perlu diganti dengan sujud al-Sahwi. Secara asasnya tidak boleh secara sengaja mengubah bacaan tasmi' kepada takbir, kerana Nabi SAW bersabda mafhumnya: "Solatlah kamu sepertimana kamu melihat aku menunaikan solat". Adapun solat tuan selama ini adalah sah kerana tasmi' hukumnya adalah sunat.

Untuk bacaan lanjut berkaitan persoalan ini, pihak tuan boleh layari pautan https://www.muftiselangor.gov.my/taudhih-al-ahkam/1240-taudhih-al-ahkam-bacaan-tasmi-dan-tahmid-dalam-solat-berjemaah

والله أعلم بالصواب

 


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 146

message user image