Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalammualaikum,
Saya nak tanya apa hukum hujung kemaluan lelaki bergeser dengab seluar dalam sehingga terbuka sedikit hujung mulut tu, dan bagian dalam hujung kemaluan tu terkena seluar dalam? Adakah dikira najis seluar dalam itu?
Jawapan
Pada dasarnya sesuatu benda adalah suci kecuali telah jelas padanya terdapat najis. Asal kepada sesuatu yang bersih itu kekal dianggap bersih sehingga terbukti secara yakin ia telah dicemari oleh najis. Andaian ataupun syak tidak mengubah status asal yang bersih itu. Sebagaimana kaedah fiqh:
Maksudnya: Keyakinan tidak dihilangkan oleh keraguan (syak).
Oleh itu, merujuk kepada persoalan yang diajukan, apabila hujung kemaluan bergesel dengan seluar dalam sehingga terbuka sedikit hujung mulut pada kemaluan tersebut dan bahagian dalam hujung kemaluan tersebut terkena pada seluar dalam adalah tidak bernajis dan kekal suci. Sebagaimana kaedah fiqh yang menyatakan:
Maksudnya: Hukum asal bagi sesuatu adalah kekalnya ia pada kedudukan asalnya.
Para ulama’ amat mengambil berat mengenai penyakit was-was kerana jika dibiarkan berlarutan boleh menjadi sesuatu yang lebih kronik. Ini kerana pada asalnya, tiada najis sehingga dibuktikan adanya najis disertakan dengan salah satu sifatnya iaitu bau, rasa atau warna. Berpeganglah kepada konsep umum iaitu selagi tidak ada najis yang jelas sifatnya iaitu bau, rasa atau warnanya, maka tidak terdapatnya najis.
Sekian, terima kasih.