BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz,

Saya seorang pengidap penyakit ocd / was was sejak dari kecil lagi. Kadang-kadang saya akan bercakap seorang diri...saya diuji dengan was2 dalam akidah, najis

Saya baru sahaja mendirikan rumah tangga.

Saya ingin bertanya apakah hukumnya..saya teringat saya ada menyebut perkataan saya dan isteri...tetapi tiba tiba ada was was datang yang menyatakan saya mungkin ada bercakap berkataan cerai.. saya cuba melawan tapi perasaan itu semakin kuat...

Sy harap ustaz dpt membantu.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العلمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Penyakit ocd atau was-was merupakan salah satu daripada penyakit mental dan memerlukan kepada rawatan. Dalam Islam, was was ialah bisikan daripada syaitan. Oleh itu, sekiranya tuan tidak yakin bahawa tuan telah mengungkapkan perkataan tersebut, tuan dianggap tidak menyebut lafaz cerai seperti yang disangkakan. Terus dan jalani kehidupan seperti biasa. Perbanyakkan berisitghfar dan memohon kepada Allah SWT agar dihindarkan dari gangguan syaitan tersebut. Abaikan was-was yang datang. Setiap kali datang rasa was-was ucapkanlah (لَا إلَهَ إلاَّ اللَّهُ مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللهِ) sehingga hilang was-was tersebut. Semoga tuan dihilangkan dari perasaan was-was.

والله أعلم بالصواب

 

 


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 220

message user image