Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
asalamualaikum..sy hasan ..sy seorang trader emas yg menguna Platform metatrader 4 untuk melakukan transaksi ..soalan sy apakah hukum jual beli emas atau lebih di kenali sbgai xauusd di dlm platform metatrader4 .
terima kasih
Jawapan
Jual beli emas hendaklah dipastikan cukup syarat-syaratnya agar tidak terlibat dengan riba iaitu jual beli yang sama banyak (timbangan atau sukatan) serta tangan ke tangan (secara tunai dan saling menerima dalam satu majlis atau lani (on the spot)).
Mengenai isu jual beli emas melalui platform tersebut, perkara tersebut perlu diperhalusi secara mendalam dari sudut operasinya. Secara umum yang boleh kami berikan, sekiranya syarikat tersebut diperakui patuh syariah oleh agensi berautoriti, maka boleh untuk terlibat dengannya. Adapun sekiranya syarikat tersebut tidak diperakui patuh syariah, maka hendaklah dielakkan kerana bimbang terlibat dengan dosa riba.