BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalammualaikum,

Maaf bertanya soalan, Ketika saya kencing saya sudah beristibrak dan beristinjak. Ketika saya beristinjak, saya akan basuh celahan hujung kemaluan (lubang keluar air kencing) saya tu. Bila saya keluar tandas, saya mengelap kemaluan saya hingga kering di bahagian luar. Saya pakai seluar dalam. Walaupun saya tak merasa apa2 yang keluar dari kemaluan tapi apabila saya check seluar dalam selepas beberapa ketika, terdapat setitik basahan. Tapi lepas tu tiada lagi keluar apa2. Saya tidak pasti  sama ada itu air kencing atau air basuhan dari dalam celahan hujung kemaluan saya tu (bahagian luar sudah kering). kekerapan perkara ini berlaku lebih kurang 1 kali dalam 3 kali saya buang air kecil (kadang ada kadang tiada) Saya jadi was-was. Saya tak rasa keluar air kencing tapi ada basah, dan perkara ni buat saya was-was sehingga saya tukar pakaian banyak kali. Apa pendapat ustaz? Apa patut saya buat?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العلمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Sekiranya tidak yakin atau syak bahawa basahan di seluar dalam tersebut ialah air kencing, maka dihukumkan kepada yang diyakini iaitu lembapan itu ialah air basuhan biasa. Hal ini berdasarkan kaedah fiqh:

اليقين لا يزول بالشك 

Bermaksud: Keyakinan tidak dapat dihilangkan dengan syak.

Yakin di sini ialah air tersebut merupakan air basuhan, manakala yang syak dan tidak pasti adalah sama ada ia air kencing ataupun tidak. Maka dihukumkan seluar dalam tersebut dalam situasi ini sebagai suci. Abaikan rasa was-was itu dan banyakkan memohon perlindungan daripada Allah SWT daripada bisikan syaitan yang sentiasa membisikkan was-was dalam hal ibadah.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 54

message user image