Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
1. apakah hukum melihat aurat yang terkandung dalam game ? contohnya mobile legends
2. apakah hukum kita mengunakan backsound orang untuk dijadikan content. tetapi kita creadit nama owner adakah bole dipakai?
Jawapan
1. Hukum melihat gambar dalam bentuk kartun atau aplikasi game dikiaskan dengan melihat gambar pada cermin. Dalam isu ini Imam Ibnu Hajar al-Haitami menjelaskan bahawa, tidak haram melihat aurat dalam bentuk tersebut sekiranya tidak menimbulkan syahwat. Namun, sekiranya ia boleh menimbulkan syahwat maka perbuatan tersebut adalah diharamkan.
2. Sekiranya backsound tersebut diupload oleh pemiliknya di media sosial dan orang ramai boleh mengakses dan memuat turun secara percuma, secara umumnya itu ialah keizinan darinya untuk digunakan muzik tersebut oleh orang ramai. Namun sekiranya muzik tersebut mempunyai hak milik dan terdapat larangan yang jelas daripada pemiliknya kepada sesiapa untuk menggunakannya melainkan dengan izin, maka hendaklah dimohon izin terlebih dahulu daripada pemiliknya. Hal ini kerana karya kreatif seperti muzik dan sebagainya turut dianggap sebagai harta dalam Islam dan diiktiraf pemilikannya.