Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
ust, jual beli akaun game genshin impact halal atau tidak? Kalau saya dapati haram. Boleh tak saya ambil duit modal yang saya guna untuk beli akaun tu dan barang dalam akaun tu dulu melalui jual semula akaun tu. Untung selebihnya saya guna untuk orang awam. Boleh tak ust?
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang diajukan:
Secara umumnya hukum asal dalam permainan dalam talian adalah harus selagimana tiada unsur-unsur yang bertentangan dengan syarak sebagaimana qawaid fiqh menyebutkan iaitu:
Maksudnya: (Hukum) Asal pada sesuatu perkara adalah harus.
Asas mudah dalam jual beli adalah seperti berikut, jika apa yang dibeli adalah sesuatu yang halal dan harus maka begitulah juga hukum menjualnya, namun jika yang dibeli itu sesuatu yang haram maka haram juga menjualkannya. Anda perlu pastikan adakah terdapat elemen-elemen yang diharamkan dalam permainan tersebut seperti berjudi contohnya membayar untuk menikam kotak misteri yang tidak diketahui isinya.
Oleh itu, jika tedapat unsur yang diharamkan maka hasil pendapatan di dalam akaun tersebut sudah bercampur-campur antara yang halal dan syubhah maka sebaiknya akaun tersebut tidak dijual kepada orang lain kerana statusnya yang tidak dapat dipastikan dan dibimbangi jika ianya haram maka haram juga untuk menjualnya.
Sekian, terima kasih.