BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Salam.baru baru ini kami suami istri bergaduh.suami cakap kalau macam ni kita berdua ni berlepas la.adakah jatuh talak sebab dia cakap macam tu.setelah hilang marah dia kata dia tak de niat pun nak becerai tadi sebab tengah marah.untuk pengetahuan ustaz sebelum ni dia pernah jatuh kan talak 1.kami sudah rujuk semula.baru baru ni pula dia jatuh kan taklik kepada saya jika saya berjumpa dengan lelaki di luar sana dan saya curang jatuh talak 1.jika saya ada berlaku curang adakah telah jatuh semua talak.minta pencerahan ustaz.saya takut telah jatuh talak 3


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

1. Lafaz yang diucapkan oleh suami puan "kalau macam ni kita berdua ni berlepas la", perkataan ini perlu mendapat penjelasan dari pihak suami puan, apakah maksud "berlepas" itu adakah suami berniat talak, atau sebaliknya, jika berniat talak maka talak berlaku. Jika tidak, maka talak tidak berlaku.

2. Berkaitan lafaz taklik iaitu "Jika isteri berjumpa dengan lelaki di luar sana dan curang jatuh talak 1". Apabila isteri melakukan perkara yang dinyatakan dalam taklik tersebut, maka ia boleh menyebabkan jatuh talak. 

Walaubagaimanapun, memandangkan pengesahan talak ini adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah, maka sebaiknya isu ini dirujuk kepada Mahkamah Syariah yang berhampiran dengan kadar segera supaya mendapat pengesahan kedudukan lafaz talak dan bilangan talak tersebut agar ia lebih jelas dan tepat daripada pihak yang berautoriti.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 196

message user image