Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum,
Saya ada 1 kemusykilan.
Saya dan isteri bergaduh mulut beberapa hari lepas. Dan dalam perbalahan tersebut saya ada menyebut perkataan ' Ikutlah, buat lah apa yang kamu suka '
Saya musykil samada ianya lafaz talak kinayah ataupun tidak, kerana saya dalam keadaan was was samada saya mempunyai niat ataupun tidak untuk menceraikan.
Saya tidak dapat pastikan niat yang sebetulnya. Kerana saya marah.
Alhamdulillah saya dan isteri dah berbaik, kami berdua dan memaafkan satu sama lain.
Harap boleh maklumkan pada saya penerangan kepada kemusykilan saya. Terima kasih.
Jawapan
Lafaz yang diucapkan oleh suami puan tersebut iaitu " Ikutlah, buat lah apa yang kamu suka", bukan merupakan lafaz kinayah. Lafaz kinayah adalah lafaz yang boleh ditafsirkan sebagai talak atau selain talak. Contoh lafaz kinayah adalah "keluar kau dari rumah ini", "aku bukan suami erngkau", "engkau terputus hubungan dengan aku", "pergilah ke mana kamu suka", " kembali kepada keluarga kamu". Contoh-contoh lafaz ini atau yang seumpama dengannya boleh dianggap sebagai kinayah dan boleh ditafsirkan sebagai talak dan boleh juga ditafsirkan selain daripada talak.