BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum. Saya pernah memohon pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Syariah tapi tuntutan di tolak atas alasan suami tidak menyebut nama saya, talak berapa dan mengikutnya tiada niat (hanya percakapan dan tiada saksi jelas dan tiada bentuk bertulis). Kali ini suami menyatakan dalam SMS bahawa apa-apa terjadi pada diri suami dengan sendiri saya jatuh talak. Saya ada minta contoh keadaan apa yang boleh buat talak saya jatuh. Suami jawab "Apa sahaja". Jawapan sangat umum. Selepas itu, suami pernah terlanggar kereta orang, suami juga kata sudah bercerai dengan isteri yang lain. Semua ini terjadi kepada diri suami. Soalan saya adakah talak saya telah jatuh disebabkan itu? Apa yang perlu saya buat kerana saya rasa perkara talak seperti mudah sahaja bagi suami asalkan tak sebut nama, talak berapa dan niat. Sekian dan didahului ucapan terima kasih. Wassalam.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, memandangkan permohonan pengesahan lafaz cerai puan terhdahulu di Mahkamah Syariah telah ditolak, maka puan dan suami masih lagi suami isteri yang sah. Adapun, bagi kes talak yang dinyatakan oleh suami menerusi SMS boleh juga dikemukakan ke Mahkamah Syariah semula untuk dibicarakan. Ia juga merupakan salah satu talak secara kinayah. Berdasarkan kepada keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-59 yang bersidang pada 27 Ogos 2003 telah membincangkan Perceraian Melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) seperti berikut: 1. Talak dalam bentuk tulisan yang jelas daripada suami yang ditujukan kepada isterinya secara khusus seperti melalui faksimili, SMS, e-mel dan sebagainya merupakan talak secara kinayah dan ianya adalah sah sekiranya disertai dengan niat. 2. Semua perceraian hendaklah dikemukakan kepada mahkamah syariah untuk menthabitkan talak tersebut. 3. Talak yang dilakukan dengan menggunakan alat komunikasi moden adalah kaedah perceraian yang tidak menepati adab perceraian yang digariskan oleh syarak. Berdasarkan kepada kenyataan suami puan dalam SMS : “apa-apa terjadi pada diri suami dengan sendiri saya jatuh talak”, dan apabila puan telah mohon penjelasan suami bagi maksud “apa-apa”, lalu suami menyatakan sebagai “apa sahaja”. Puan juga hendaklah menyimpan dan mengemukakan SMS sebagai bukti terhadap permohonan puan kelak. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 118

message user image