Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum, nama saya Dan, semasa remaja dahulu sekitar tahun 1975-79 bersama-sama rakan sebaya, kami ada belajar tentang Pengajian Islam dengan seorang Imam Masjid kampung kami dirumahnya. Pengajian menggunakan kitab (kalau tak silap sebab dah lama) adalah Majmuk dalam Bahasa Jawa, sebab kami semua sekampung adalah keturunan Jawa.
Antara pengajian adalah Sifat 20 dan lain-lain ibadah termasuklah Bab Puasa. Munkin kerana kami semua remaja dan ada bersama kami adalah anak-anak Imam tersebut ada lelaki dan perempuan, Imam tersebut tidak menceritakan dengan detail tentang hukum berjimak dalam Bulan Puasa. Apa yang saya yakini dalam Bulan Puasa, adalah boleh berjimak selepas masuk waktu Suboh tetapi apabila terbit Fajar terbit hendaklah menghentikannya serta merta. Fahaman saya Fajar apabila matahari terbit.
Oleh yang demikian, apabila saya berkahwin pada 1983 (Syaaban), saya telah berjimak selepas Solat Suboh pada Ramadhan tahun tersebut tetapi berakhir sebelum Fajar matahari terbit. Saya telah melakukannya sebanyak 2 kali berlainan hari dan meneruskan berpuasa pada hari-hari tersebut.
Tetapi pada satu hari ketika berbual dengan rakan sepejabat, beliau mengatakan apa yang saya lakukan adalah salah, pada ketika itu saya terkejut dan baru tahu kesalahan tersebut dan semanjak hari tersebut saya tidak lagi melakukannya lagi.
Soalan saya, adakah saya perlu kena melakukan kaffarah walaupun saya sebenarnya keliru maksud fajar tersebut?
Jawapan
Sekiranya seorang lelaki melakukan perkara di bawah iaitu;
maka kesannya adalah seperti berikut;
Memandangkan situasi tuan melakukan persetubuhan di siang hari bulan Ramadhan dalam keadaan tidak mengetahui pengharamannya serta keliru dengan maksud fajar, maka tuan hanya diwajibkan qada' puasa yang ditinggalkan tanpa perlu melakukan kaffarah 'Uzma bagi puasa yang ditinggalkan.