BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Salam saudara yang dihormati.

Soalan saya, apakah hukum puasa saya bila saya sedang sujud solat sunat, air wuduk yang sisa di muka turun lalu masuk ke dalam mulut dan saya telan air itu kerana tidak tahu apa nak dibuat memandangkan saya masih ada lg 1 rakaat untuk solat.

 

Sekian terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المرسلين وعلي أله وصحبه أجمعين أما بعد

Antara perkara yang membatalkan puasa dan solat adalah makan atau minum dengan sengaja. Merujuk kepada persoalan saudara, solat dan puasa saudara batal kerana menelan air wuduk yang masuk ke dalam mulut dengan sengaja. 

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 122

message user image