BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum,

Saya ingin bertanya tentang keputihan. Saya telah period selama seminggu(tempoh normal haid saya) seperti biasa pada minggu lepas. Namun, selepas mandi wajib dan telah berpuasa selama 3-4 hari di bulan ramadan ini, terdapat cecair(discharge) berwarna keperangan/koko di pakaian dalam saya semalam(tempoh hanya beberapa jam, kurang 24 jam). Ini pertama kali jadi kepada saya. Adakah solat dan puasa saya sah sebelum ini? Adakah boleh terjadi cecair itu disebabkan kepenatan atau penyakit lain?

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المرسلين وعلي أله وصحبه أجمعين أما بعد

Berdasarkan kepada kenyataan yang diberikan, cecair berwarna keperangan/ koko itu adalah darah haid memandangkan ia keluar dalam tempoh maksimum haid, iaitu 15 hari. Oleh itu, puasa yang ditunaikan sebelum daripada tarikh itu adalah tidak sah, kerana ia adalah tempoh haid, dan wajib diqada'.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 138

message user image