BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Assalammualaikum, Saya nak bertanya, jika seseorang itu menulis seperti ini " aku nak jadi kafir " di platform whatsapp. Tetapi didalam tiada niat di hatinya untuk murtad.Beliau dalam keadaan emosi Saya membaca, ada pendapat ulama yang megatakan tidak murtad, dan ada sebahagian mengatakan murtad. Bolehkah kita mengambil pendapat yang mengatakan tidak murtad .Sila mohon pencerahan.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العلمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Seseorang itu boleh jatuh murtad disebabkan oleh 3 perkara iaitu secara iktikad (hati), lisan (percakapan) atau perbuatan. Berdasarkan soalan ini, perkara ini termasuk dalam urusan melibatkan hati. Justeru, sekiranya dia berazam dalam hatinya untuk keluar daripada Islam maka dia dikira telah murtad. Namun, soalan di atas tidak sampai ke tahap itu kerana dia sekadar menulis di whatsapp tanpa azam untuk murtad. Maka dia belum dihukumkan murtad.

Kami menyarankan tuan menasihati beliau agar mengambil berat dalam urusan ini dan tidak bermudah dalam mengungkapkan atau menulis sesuatu yang menjurus ke arah itu kerana ia melibatkan urusan akidah. Ikuti perkembangannya sama ada beliau memerlukan kepada bimbingan akidah daripada pihak berautoriti.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 192

message user image