BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz,

Saya ingin bertanya berkenaan dengan zakat fitrah. Suami saya berada di Luar Negara Dan akan kembali ke Malaysia selepas raya. Bolehkah suami saya membayar zakat fitrah bagi saya dan anak-anak Dari Luar Negara?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan yang diajukan, jika seseorang itu menafkahi (menanggung) seseorang atas sebab nikah (isteri, anak-anak), kaum kerabat (ibu ayah, saudara) dan khidmat (hamba) maka wajib seseorang itu membayarkan zakat fitrah bagi tanggungannya jua. Oleh itu, atas dasar tanggungan suami berada di Malaysia, maka diharuskan suami yang berada di luar negara untuk membayar zakat fitrah ke atas tanggungannya yang berada di Malaysia melalui medium digital yang telah disediakan oleh pihak pungutan zakat di Malaysia kini. Ini kerana suami kembali ke Malaysia selepas raya. Kadar zakat pula hendaklah mengikut ketetapan pihak berkuasa agama di tempat puan dan anak-anak tinggal.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 546

message user image