BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, saya nak tanya Covid 19 sekarang termasuk dalam endemik, Soalan saya, jika seseorang kena covid 19 pada masa ini adakah dia tidak perlu solat jumaat di masjid hanya solat zohor di rumah sahaja?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله و بركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه الأجمعين أما بعد

Untuk makluman, seseorang yang mempunyai simptom COVID-19 tidak perlu hadir solat Jumaat termasuklah yang telah disahkan atau didapati positif. Tambahan pula, pesakit COVID-19 adalah disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menjalani tempoh kuarantin dan tidak dibenarkan keluar rumah selama tempoh kuarantin tersebut agar tidak berlaku penularan kepada orang lain. 

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 139

message user image