Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum,
Seorang bayi telah disahkan oleh doktor mempunyai penyakit (berkaitan hormon) yang tidak dapat dirawat melainkan dengan meminum hanya satu susu formula sahaja iaitu pregistimil. setelah diteliti susu tersebut tmengandungi enzim babi. pengesahan penggunaan susu tersebut telah pun dilakukan bersama dengan unit2 yang terlibat. dan kami dapat simpulkan kenyataan doktor berkenaan badan bayi tersebut tidak dapat untuk menyerap zat susu sama ada susu ibu atau susu formula lain melainkan pregistimil. jadi persoalannya, adakah dibolehkan memberikan susu pregistimil tersebut kepada bayi itu ? bagaimanakan pengurusan taharah susu tersebut jika tumpa pada baju bayi atau baju ibu bapanya adakah perlu disamak sebelum solat ? bagaimanakah cara basuhan samak yang dibolehkan dalam perkara ini ? sekian terima kasih.
Jawapan
Para Fuqaha' bersepakat mengatakan bahawa babi dan segala juzuk daripada tubuhnya adalah najis. Adapun dalam urusan perubatan yang melibatkan babi, Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa;
Maksudnya: Rasulullah SAW menegah daripada berubat menggunakan perkara yang kotor (najis). (Riwayat al-Tirmizi)
Namun demikian, diharuskan berubat menggunakan unsur yang diharamkan apabila dalam keadaan dharurat dengan syarat berikut;
a. Tiada pilihan lain selain unsur yang diharamkan.
Perlu bertanya kepada doktor lain terlebih dahulu sama ada hanya susu tersebut yang boleh digunakan atau terdapat jenama susu lain yang halal boleh menggantikannya.
b. Bertujuan menyelamatkan nyawa.
Sekiranya tidak membahayakan nyawa bayi seperti hanya bertujuan menguatkan tubuh, maka tidak diharuskan menggunakan susu yang tidak halal.
c. Hanya sekadar yang diperlukan bagi tujuan tersebut.
Sekiranya bayi telah pulih dalam tempoh tertentu dan boleh mengambil susu yang halal, maka wajib mengambil yang halal.
Susu tersebut tetap dikira najis sepanjang tempoh rawatan. Seandainya terdapat kesukaran atau halangan untuk menyertu kesan susu tersebut, maka memadai memadai dengan dibasuh seperti najis lain mengikut kepada pandangan mazhab Hanafi dan Maliki. Namun seandainya ada kesukaran untuk menyertunya maka lakukanlah seperti pandangan muktamad dalam mazhab al-Syafi'i iaitu dengan membasuh tujuh kali basuhan salah satunya air tanah.