BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Saya membayar untuk menyertai satu program Raisefund bagi menubuhkan kedai grocer patuh syariah dan saya telah memperkenalkan program ini kepada rakan-rakan saya supaya lebih banyak cawangan dapat di buka dan jenama lebih kukuh. Akhirnya kami di dapati telah di tipu dan saya ingin tahu, adakah saya perlu membayar gantirugi kepada rakan-rakan saya sedangkan saya juga telah di tipu. Mohon penjelasan.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

Allah SWT telah berfirman dalam surah an-Nisa’ ayat 29:

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ لَا تَأۡكُلُوۤا۟ أَمۡوَ ٰ⁠لَكُم بَیۡنَكُم بِٱلۡبَـٰطِلِ

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil. 

Sememangnya program-program raisefund yang wujud sekarang berisiko tinggi dalam pelaburan disebabkan pelbagai isu yang membelengu. Sebagaimana soalan tuan, peranan tuan hanyalah sebagai mempromosikan sahaja kepada rakan-rakan berkaitan program tersebut. Natijahnya tuan dan rakan-rakan telah tertipu. Dalam pelaburan sememangnya akan menjanjikan keuntungan serta risiko kerugian dan sekiranya ini telah dimaktubkan dalam perjanjian, maka ia perlu dibayar sebagaimana ketatapan. Namun tanggungjawab membayar keuntungan mahupun ganti rugi itu adalah syarikat itu dan bukannya tuan.

Dan dalam Surah al-Maidah ayat 1, Allah SWT berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَوْفُوا بِالْعُقُودِ ۚ

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, penuhi serta sempurnakanlah perjanjian-perjanjian.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 78

message user image