BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum....ayah saya meninggal dunia n mak saya telah bercerai ngn arwah dh bertahun2... N arwah ayah kahwin dua lagi slpas bercerai n meninggalkan anak dari mak saya 9.. dari isteri no satu 6..n isteri no 2..dua orang anak....n ayah saya tinggal bnyak harta...adakah saya n adik beradik saya berhak menerima harta pusaka arwah ayah saya .. walaupun arwah ayah n mak dh lama bercerai


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته     

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد      

Penceraian hanya memutuskan hubungan di antara suami dan isteri, tetapi tidak memutuskan hubungan pertalian darah antara anak dan ibubapanya. Merujuk kepada soalan tuan, tuan dan adik beradik berhak mendapat harta pusaka arwah ayah. Ini kerana, tuan dan adik beradik adalah ahli-ahli waris yang layak menerima harta pusaka sebagaimana firman Allah SWT di dalam Surah al-Nisa’ ayat 11:

 يُوصِيكُمُ اللَّهُ فِي أَوْلَادِكُمْ ۖ لِلذَّكَرِ مِثْلُ حَظِّ الْأُنْثَيَيْنِ ۚ فَإِنْ كُنَّ نِسَاءً فَوْقَ اثْنَتَيْنِ فَلَهُنَّ ثُلُثَا مَا تَرَكَ ۖ وَإِنْ كَانَتْ وَاحِدَةً فَلَهَا النِّصْفُ 

Maksudnya: Allah perintahkan kamu (mengenai pembahagian harta pusaka) untuk anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga  dari harta yang ditinggalkan  oleh si mati. Dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah seperdua (separuh) harta itu.

Kesimpulannya, anak si mati akan mendapat harta pusaka ayahnya walaupun telah bercerai dengan ibunya kerana hubungan pertalian darah atau nasab keturunan tidak akan terputus walau apapun yang berlaku.  

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 143

message user image