Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamulaikum. Saya ada dua persoalan
1. Adakah anak di luar nikah itu perlu di nasabkan kepada Bin/Binti Abdullah atau nama ibunya seteleh bayi mencapai 4 bulan atau tidak mengira bulan ?
2. Apakah anak orang bukan islam itu dikira anak di luar nikah juga
Terima kasih
Jawapan
1. Tidak ada tempoh tertentu yang dinyatakan oleh syarak berkaitan penasaban anak luar nikah dengan dibin/binti kepada ibunya atau Abdullah atau dengan mana-mana nama Allah yang mulia.
2. Bagi orang bukan Islam, status sah atau tidak sah taraf anak itu adalah merujuk kepada perkahwinan yang diiktiraf oleh undang-undang sivil atau undang-undang adat mereka, maka itu dianggap sah taraf anak itu bagi mereka sekiranya dilaksanakan sesuai dengan perkahwinan sivil atau adat yang diiktiraf oleh undang-undang.