Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum Encik/Cik/Tuan/Puan/Dato/Datin,
saya ada pertanyaan berkaitan penghantar makanan (grab),
Saya ada menghantar makanan ke cust berjumlah RM20 dari kedai halal tomyam , tetapi cust tersebut tidak dapat dihubungi, dan kemudian saya telah hubungi pihak grab, dan pihak grab telah refund RM20 kepada saya dan grab minta untuk melupuskan makanan berkenaan,
Persoalan,
1) Apa Hukumnya, jika saya makan makanan yang diarahkan untuk dilupuskan? atas sebab membazir. sedangkan saya telah pun dapat duit refund
2) Jika makanan berkenaan jatuh hukum haram, bolehkah saya sedekah kepada orang miskin,? atas sebab membazir
Jawapan
Allah SWT telah berfirman dalam surah an-Nisa’ ayat 29:
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil.
1. Harus untuk dimakan bagi mengelakkan pembaziran makanan tersebut. Tujuan melupuskan makanan tersebut kerana dikhuatiri telah tercemar atau apa-apa tuntutan lain. Sekiranya tuan dapat memastikan makanan itu masih bersih, tidak tercemar dan selamat dimakan, maka diharuskan.
2. Makanan tersebut tidak haram bagi tuan untuk memakannya. Sekiranya makanan itu tidak diperlukan, boleh disedekahkan kepada yang memerlukan.
Allah SWT berfirman dalam surah al-Isra ayat 27:
Maksudnya: Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya