BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Apakah dibenarkan daging qurban digunakan untuk kenduri kahwin - walimatul urus - ambil wang sagu hati?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, menurut mazhab Shafie, wajib sedekah daging korban sunat walaupun sedikit kepada fakir dan miskin, iaitu orang yang berkorban tidak boleh makan atau ambil kesemuanya. Sebagai contoh purata berat seekor lembu ialah 70 – 80 kg, lalu 5 kg disedekahkan, dan selebihnya dimakan sendiri, maka sah ibadah korbannya. Daging yang diwajibkan sedekah kepada fakir dan miskin hendaklah dalam bentuk daging mentah, tidak boleh disedekahkan daging yang sudah masak. Sebagai contoh : 5 kg daging mentah disedekahkah kepada orang susah, manakala yang selebihnya dimasak dan dijamukan pada orang ramai. Hukum korban sebegini adalah harus dan sah. Berdasarkan kaedah di atas, orang yang berkorban diharuskan memasak daging korban untuk kenduri kahwin selagimana dia telah memperuntukkan sedikit daging korban mentah itu untuk disedekahkan kepada fakir atau miskin. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 74

message user image