Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum.
Soalan saya:
Apakah hukum, blik yang diwakafkan untuk perpustakaan, setelah beberapa tahun buku2 dipindahkan dan bilik itu dijadikan bilik tidur.
Wassalam.
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله و بركاته
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على
أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه الأجمعين أما بعد
Untuk makluman, wakaf merupakan sesuatu yang diberikan untuk kegunaan orang ramai atau sesuatu yang diuntukkan bagi keperluan yang berkaitan dengan agama Islam.
Merujuk kepada soalan yang diajukan, adalah dibolehkan sekiranya bilik tersebut ditukar menjadi bilik tidur atau lain-lain selagimana ia boleh memberi manfaat kepada umum. Berdasarkan maklumat tambahan yang diperolehi, yang dimaksudkan dengan mewakafkan bilik sebagai perpustakaan adalah bilik yang terdapat di dalam bangunan masjid. Sehubungan itu, pihak pengurusan masjid berhak untuk membuat pengubahsuaian penggunaan bilik-bilik yang ada berdasarkan kepada keadaan dan keperluan semasa.
والله أعلم بالصواب