BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum Wbt.

Pada tahun 2021, saya telah berkahwin dengan seorang PLHIV (status UVL). Walaubagaimanapun, saya tidak memberitahu wali dan keluarga saya tentang penyakit pasangan saya kerana mahu menutup aibnya. Saya juga diminta oleh pendaftar nikah untuk membuat surat sumpah sekiranya tidak mahu memaklumkan hal ini kepada wali. Saya telah mengikut segala prosedur yang ditetapkan dan bernikah seperti biasa. Persoalannya adakah saya berdosa kerana merahsiakan perkara ini dari wali dan keluarga saya? Perkara ini sangat mengganggu saya sehingga datangnya penyakit was-was. Bolehkah saya mendapatkan nasihat dari pihak tuan? 

 

 

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله و بركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه الأجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan yang diajukan, sekiranya perkara/ maklumat tersebut melibatkan isu kafaah iaitu status pihak lelaki tersebut sekufu atau tidak, yang mana wali berhak untuk tidak bersetuju terhadap perkahwinan tersebut, maka perkara tersebut hendaklah dimaklumkan dan dizahirkan kepada wali.

Berhubung perkara pihak lelaki adalah seorang PLHIV, walaupun berstatus UVL, ia sepatutnya dimaklumkan kepada pihak wali sebelum berlangsungnya perkahwinan. Ia adalah suatu kesalahan kerana membelakangi hak seorang wali.

Namun seandainya perkahwinan telah berlangsung, dan sekiranya perkara tersebut dimaklumkan kepada wali akan menyebabkan mudarat yang lebih besar serta merosakkan hubungan silaturrahim, maka disarankan agar ia tidak dizahirkan kepada wali.

Apa yang puan boleh lakukan adalah berbuat baik serta memohon kemaafan daripada wali, tanpa memberitahu perkara tersebut. Perbanyakkanlah beristigfar kepada Allah SWT dan mohon perlindungan daripada-Nya. 

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 177

message user image