BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Salam Ustaz/ Ustazah

Saya mohon pencerahan. Saya bertugas di salah sebuah klinik kesihatan di ibu kota. Klinik saya mengamalkan pemberian PrEP kepada golongan homosexual sebagai langkah pencegahan HIV. Saya telah ditugaskan untuk menjaga para pesakit dan klinik tersebut atas arahan pihak atasan ( KKM).

Apakah hukum saya sebagai seorang doktor muslim yang berkerja dengan KKM memberikan PrEP kepada golongan homosexual semata mata mengikut arahan pihak atasan. Dalam hati saya mengetahui ini adalah salah.

Mohon pencerahan ustaz. Bantulah saya.

Sekian.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العلمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Islam melarang perbuatan homoseksual kerana kesannya besar yang boleh memudaratkan kehidupan seseorang dan merosakkan institusi kekeluargaan kerana bukan sahaja ia membawa kepada penyebaran jangkitan HIV, amalan tersebut mengundang kepada kemurkaan Allah SWT. Bahkan, bukan sahaja perbuatan tersebut melanggar hukum syarak, ia juga menyalahi undang-undang yang berkuatkuasa di negara Malaysia. Individu Muslim hendaklah menjauhi dan berusaha untuk mencegah perbuatan tersebut daripada terus berleluasa. Secara asasnya, Profilaksis Pra-Pendedahan atau Pre-Exposure Prophylaxis (PrEP) adalah sejenis ubat pencegahan HIV yang diambil oleh seseorang yang tidak mengidap HIV bagi mengelakkan diri dari dijangkiti HIV. Namun begitu, ia tidak boleh diberikan sewenangnya tanpa sebab yang sepatutnya seperti memberi kepada isteri yang mana suaminya telah disahkan dijangkiti HIV atau sebaliknya. 

Berbalik kepada soalan puan, sebagai doktor yang dipertanggungjawabkan menjaga dan merawat pesakit seperti yang dikehendaki oleh pihak atasan berkenaan pemberian PrEP kepada golongan homoseksual adalah tidak benarkan. Namun seandainya dengan tidak melakukan perkara tersebut akan menyebakan hilangnya pekerjaan atau mudarat lain yang lebih besar, maka lakukanlah ia dengan rasa tidak redha dan dengan niat untuk mencegah jangkitan HIV daripada terus merebak. Hal ini kerana puan memberi ubat tersebut atas kapasiti sebagai pekerja yang patuh pada arahan pihak atasan bukan kerana puan hendak membantu golongan homoseksual.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 147

message user image