Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Bagaimanakah cara yang betul untuk menjawap Salam. Ada ustaz yang menyatakan jika jawab waalaikumussalam, sebenar nya kita belum jawap dan dikira hukumnya berdosa kerana belum menjawab salam. Cara yang betul ialah waalaika waalahissalam. Betulkah seperti itu?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudara, menjawab Waalaikumussalam adalah BETUL sebenarnya, kerana makna 'waalaikumusalam' adalah 'kepada kamu semua salam/sejahtera'. Maka kamu semua ini hakikatnya termasuk pemberi kiriman salam, dan yang mengirimkan salam. Tidak selayaknya membalas salam dengan salam yang lebih sedikit dari yang memberi salam. Di dalam Surah An-Nisa’ Ayat 86 Allah Ta’ala berfirman: وَإِذَا حُيِّيتُمْ بِتَحِيَّةٍ فَحَيُّوا بِأَحْسَنَ مِنْهَا أَوْ رُدُّوهَا إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ حَسِيبًا Maksudnya: “Apabila kamu diberi penghormatan dengan sesuatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik dari padanya, atau balaslah penghormatan itu (dengan yang serupa). Sesungguhnya Allah memperhitungkan segala sesuatu.” Selayaknya dalam membalas salam, samaada dengan yang sama atau setara dengan salam tersebut. Bahkan, dianjurkan membalasnya dengan yang lebih baik. Misalnya, jika kita diberi salam: ‘Assalaamu ‘alaikum, maka minimal kita jawab: ‘Wa’alaikumus salam’. Atau lebih baik : ‘Wa’alaikumus salam wa rahmatullah’, atau ‘Wa’alaikumus salam wa rahmatullah wa barokatuh’. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.