BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum. Saya ingin bertanya mengenai satu persoalan. Saya ada bermain satu permainan di Lazada di mana pengguna akan mendapat hadiah beras. Hanya perlu menyiram pokok di dalam permainan itu dan setelah mencapai satu tempoh yang ditetapkan, pengguna akan mendapat hadiah beras seperti yang ditawarkan. Persoalannya adakah beras itu halal untuk dimakan? Segala maklum balas saya dahului dengan ucapan terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Berdasarkan persoalan ini, sekiranya beras itu diberikan semata-mata kerana hadiah daripada pihak syarikat, maka beras itu halal dimakan. Tetapi sekiranya terdapat unsur pertaruhan, seperti tuan perlu membayar beberapa amaun bagi bermain permainan ini, dikhuatiri terdapat unsur perjudian.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 73

message user image