BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalammualaikum saya ada beberapa soalan berkenaan solat. Ketika muda dahulu saya ada meninggalkan solat, saya ingin menunaikan solat tetapi untuk permulaan saya solat 1 waktu sahaja pada 1 hari dan belum mengqada solat yang ditinggalkan. Saya berbuat demikian kerana setiap kali saya terus solat 5 waktu, ia tidak lama. Jadi saya ingin mula secara pelahan-lahan. Alhamdullilah cara ini berkesan. Soalan saya 1- bolehkah saya berbuat demikian, 2- bilakah saya perlu mengqada solat? semasa baru ingin bermula solat kembali atau selepas saya cukup solat 5 waktu sehari. Terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Syukur kepada Allah SWT kerana telah memberikan hidayah dan kekuatan kepada tuan untuk bertaubat dan menunaikan solat. Itu adalah tanda Allah SWT sayangkan kepada tuan kerana memberikan peluang tersebut.

Maklum bahawa seorang manusia perlu melakukan sesuatu secara beransur-ansur bagi memastikan dia tidak putus asa dalam melakukan sesuatu. Maka, tiada masalah tuan meneruskan perkara tersebut dengan syarat, tuan mestilah terus berazam untuk melakukan solat lima waktu penuh. Dalam masa yang sama, usaha untuk meningkatkan kualiti solat dari semasa ke semasa.

Mengenai isu qada solat, setelah cukup melakukan perkara yang wajib iaitu solat sehari 5 kali, tuan boleh melakukan qada secara beransur-ansur. Disarankan agar tuan mengqada solat tersebut pada setiap kali setelah selesai solat fardu. Sebagai contoh, setelah tamat solat Subuh 2 rakaat, sambung pula dengan 2 rakaat solat Subuh dengan niat qada. Begitulah seterusnya pada solat-solat yang lain. Tuan juga boleh mencatat dan menganggarkan bilangan solat yang ditinggalkan dan berusaha untuk qada sedaya yang mungkin.

Hutang dengan manusia juga perlu dibayar, apatah lagi kita sebagai hamba Allah perlu melunaskan hutang kita dengan Allah SWT.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 133

message user image