BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, apakah hukum berkhitan bayi perempuan menurut jabatan mufti selangor? 

 

Jika dapat terangkan bersama dengan sumber, saya amatlah hargai usaha pihak jabatan mufti dalam menghuraikan kekusutan rakyat biasa seperti saya dalam hal agama.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan tuan; hukum berkhatan bagi lelaki dan wanita menurut pandangan Jumhur khususnya mazhab Syafi'i adalah wajib.

Hal ini selaras dengan ketetapan yang telah diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) pada tahun 2009 bahawa:

Amalan berkhatan bagi wanita adalah sebahagian daripada syiar Islam yang perlu dilaksanakan oleh umat Islam. Walau bagaimanapun, Islam juga amat mementingkan keselamatan umatnya dan memberikan kelonggaran sekiranya sesuatu amalan atau perbuatan itu boleh mendatangkan kemudharatan pada diri. Sehubungan itu, selaras dengan pandangan Jumhur Ulama', Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hukum berkhatan bagi wanita adalah wajib. Walau bagaimanapun, sekiranya ia boleh membawa kemudharatan pada diri, maka ia perlu dielakkan.

Berdasarkan keputusan MKI di atas, dapat difahami bahwa hukum khatan bagi wanita ini boleh berubah dan diberi kelonggaran mengikut keadaan alat sulit seseorang wanita. Maka, dalam melaksanakan amalan khatan ini masyarakat hendaklah merujuk kepada pakar untuk menentukan kesesuaiannya supaya dapat mengelakkan diri khususnya bayi daripada bahaya dan kemudaratan.

Semoga Allah SWT memberi kefahaman yang baik kepada kita dalam mengamali dan menghayati agama-Nya.

والله أعلم بالصواب

 


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 61

message user image