BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Ucapan Assalamualaikum wbt ini saya tujukan buat pihak Tuan/Puan sekalian. Seseorang wanita yang tidak melunaskan hutang puasanya sejak sekian lama, namun Alhamdulillah telah menemui hidayah dan cuba untuk berpuasa ganti terhadap puasa-puasa yang ditinggalkannya sedikit demi sedikit. Soalan saya, bolehkah wanita tersebut melaksanakan puasa sunat enam Syawal, sedangkan ada puasa wajib yang perlu digantikan terlebih dahulu? Jazakumullahu Khairan Kathira.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, boleh dilakukan puasa sunat 6 syawal terlebih dahulu dan barulah laksanakan puasa wajib yang belum diqada’ itu sehingga selesai. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 78

message user image