BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Solat duduk di kerusi tu macam mana yang sebenarnya.

Macam saya, duduk tu waktu sujud, duduk antara dua sujud dan tahiyat. Jadi ada yang kata kepada saya kaki kerusi dua yang depan tu belankang saf. Tapi apa yang saya lihat di kebanyakkan masjid/surau orang buat dua kaki belakang kerusi tu di saf. jadi soalan yang saya handak tanyakan ialah:

  1. Kedudukan kerusi (dua kaki kerusi di depan itu belakang atau dua kaki kerusi di belakang itu di saf)
  2. (Kalau kedudukan kerusi itu di belakang saf) Saya kena solat di hujung atau belakang sekali, macam mana kalau saf depan tu tak penuh lagi. kalau saya solat kerusi di belakang saf mengganggu jemaah lain yang datang kemudian

Mohon pencerahan.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Pada asalnya, berdiri bagi yang mampu adalah rukun dalam solat. Namun begitu, syarak membenarkan seseorang itu duduk sekiranya dia tidak mampu berdiri. Oleh itu, merujuk kepada permasalahan yang diajukan oleh pihak tuan berkaitan kedudukan solat berjemaah bagi orang yang menggunakan kerusi adalah seperti berikut:

1. Bahagian belakang kaki kerusi perlulah selari dengan kedudukan kaki jemaah yang berada di sebelah.

2. Hendaklah kedudukan kerusi yang digunakan oleh para jemaah yang uzur atau tidak mampu berdiri itu berada di hujung saf. 

Sila rujuk buku panduan di laman ini untuk maklumat lanjut. https://mufti.penang.gov.my/index.php/2014-11-12-02-48-39/penerbitan/buku/457-buku-panduan-solat-menggunakan-kerusi-disebabkan-keuzuran-2019/file

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 334

message user image