BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Salam.

Kemusykilan sy tntg wuduk bg luka di kaki yg berbalut.

Emak sy luka n patah jari, jd ketika berwuduk, dia berwuduk dgn sempurna kecuali pd kakibhanya disapu air.

Adakah wuduknya  sah utk 2x solat fadhu?

Atau hnya sah sekali solat fdhu shj spt hukum tayamum?

 

Terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته        

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد

Sekiranya anggota wuduk seperti kaki berbalut disebabkan luka atau patah, maka cara berwuduk adalah seperti berikut;

  1. Basuh muka berserta dengan niat wuduk.
  2. Basuh tangan kanan dari hujung jari hingga ke siku.
  3. Basuh tangan kiri dari hujung jari hingga ke siku.
  4. Sapu kepala dengan air.
  5. Basuh kaki kanan sehingga buku lali pada bahagian yang tidak berbalut.
  6. Sapu bahagian kaki kanan yang berbalut dengan air. Sekiranya memudharatkan maka tidak perlu disapu.
  7. Basuh kaki kiri sehingga buku lalu pada bahagian tidak berbalut.
  8. Sapu bahagian kaki kiri yang berbalut dengan air. Sekiranya memudharatkan maka tidak perlu disapu.
  9. Tertib

Solat tidak perlu diulang dan boleh menunaikan solat dengan wuduk tersebut selagi tidak batal.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 209

message user image