BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum Tuan/Puan, 

Saya ingin bertanya bagi pihak isteri saya yang akan berkursus selama satu minggu di Jepun dan dua minggu di Korea Selatan secara berterusan (terus ke Korea Selatan dari Jepun). Soalan-solanya adalah seperti berikut: 

  1. Berapa hari yang dibenarkan untuk melakukan solat jamak & qasar di Jepun?
  2. Berapa hari yang dibenarkan untuk melakukan solat jamak & qasar di Korea Selatan?
  3. Penganjur menjanjikan akan membawa beliau makan di restoran Korea di luar jadual mereka berkursus. Setelah berbincang, penganjur mencadangkan restoran restoran yang berkonsepkan mee dan ikan yang tidak menyajikan hidangan berasaskan babi. Walau bagaimanapun, restoran tersebut turut menyajikan makanan yang tidak pasti halal/tidak halal seperti ayam, daging serta arak. Adakah boleh untuk beliau makan di restoran tersebut walaupun hanya memesan hidangan berasaskan mee dan ikan serta minuman yang tidak beralkohol?

Sekian, terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Berdasarkan situasi ini:

1. Tuan/Puan tidak dibenarkan untuk solat Jamak Qasar sejak hari pertama sampai di tempat penginapan di Jepun tersebut kerana tuan/puan telah berniat untuk menetap selama satu minggu (berniat mukim iaitu menetap 4 hari dan ke atas tidak termasuk hari tiba dan keluar) dan tidak lagi berstatus musafir. Adapun boleh solat Jamak Qasar selama dalam perjalanan ke tempat tersebut.

2. Sama seperti jawapan soalan 1.

3. Hendaklah dipastikan terlebih dahulu bahawa makanan tersebut tidak mengandungi bahan yang diharamkan seperti alkohol dan lain-lain. Jika secara zahirnya pihak kedai telah menyatakan bahawa dia tidak memasukkan alkohol atau bahan lain yang tidak halal ke dalam makanan seperti mee, ikan, air, sayuran dan lain-lain, maka bolehlah dimakan. Adapun makanan berunsurkan haiwan yang perlu disembelih seperti ayam dan daging hendaklah dielakkan sehingga dipastikan status halalnya.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 169

message user image