BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, saya ada soalam berkaitan sujud sahwi. 

Saya tersilap membaca tahiyat awal di rakaat pertama solat, namun saya tersedar dan terus bangun untuk meneruskan solat saya. Di akhir solat saya tidak pula melakukan sujud sahwi.

Sah atau tidak solat saya? 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته        

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد

Tahiyat atau tasyahhud awal merupakan sunat yang dituntut (sunat Ab'adh) dilakukan dalam rakaat yang kedua bagi solat Fardhu yang melebihi 2 rakaat. Apabila tersalah melakukannya pada rakaat yang lain seperti di rakaat yang pertama, maka kesalahan tersebut dimaafkan dengan syarat perlu bingkas bangun apabila menyedari kesalahan tersebut.

Sujud sahwi sunat dilakukan jika berlaku kesalahan tertentu atau was-was dalam melaksanakan solat. Waktu melaksanakan sujud sahwi adalah selepas selesai tasyahhud akhir dan sebelum memberi salam pertama. Namun sekiranya sengaja meninggalkannya, maka solat tetap sah dan tidak perlu diulang.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 108

message user image