BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum Ustaz.

Boleh jelaskan cara terbaik atau sunnah berbuka puasa. Saya pernah di ajar, ketika masuk waktu berbuka puasa, dimulakan dengan membaca Bismillah sahaja (tak perlu baca penuh), lalu minum air seteguk. Kemudian baru baca doa berbuka puasa lalu makan kurma.

Kedua, apakah doa berbuka puasa yang lebih afdal. Saya difahamkan doa berbuka Allahumma lakasumtu...(sehingga habis), bukanlah doa terbaik (doa ini memang baik,cuma ada yang lebih baik), ada doa yang lebih afdal. Boleh jelaskan ustaz.

Terima kasih ustaz. Syukran.

 

 

 

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Kaedah yang terbaik menurut para ulama ialah dengan membaca Bismillah, makan buah kurma, kemudian baca doa berbuka puasa (Allahumma laka Sumtu..) kerana doa tersebut menggunakan lafaz fiel madhi iaitu وعلى رزقك أفطرت "dengan rezeki-Mu aku telah berbuka". Perkara ini disebutkan oleh Imam Zainuddin al-Malibari dalam kitabnya Fath al-Mu'in. Walau bagaimanapun, tiada masalah jika ingin membaca doa terlebih dahulu baru berbuka kerana ia hanya susunan yang mana lebih baik.

Mengenai soalan doa berbuka puasa, berikut ialah sebahagian daripada lafaz doa-doa berbuka puasa yang warid daripada Nabi SAW:

اَللّٰهُمَّ لَكَ صُمْتُ، وَعَلَى رِزْقِكَ أَفْطَرْتُ، وَبِكَ آمَنْتُ، وَعَلَيْكَ تَوَكَّلْتُ، ذَهَبَ الظَّمَأُ، وَابْتَلَّتِ الْعُرُوْقُ، وَثَبَتَ الْأَجْرُ، إِنْ شَاۧءَ اللّٰهُ تَعَالَى

Benar, doa berbuka puasa ''Allahumma Laka Sumtu.." adalah berstatus dhoif, namun doa ini boleh diamalkan. Hadis sohih ialah lafaz yang seterusnya iaitu "zahaba al-zhoma' ...". Malah Imam Nawawi RA memasukkan kedua-dua doa ini dalam kitabnya al-Azkar bagi menunjukkan kepada kita bahawa doa daripada hadis yang berstatus dhoif boleh diamalkan. Selagi mana hadis tersebut maqbul diterima oleh para ulama, maka ianya boleh diamalkan. Lebih banyak doa yang dibaca, adalah lebih baik.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 64

message user image