Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum, saya seorang petugas kesihatan bekerja di salah sebuah hospital di selangor.
Sekarang saya bekerja di klinik pakar hidung, telingan dan tekak.
Saya masih lagi mushkil batal atau tidak puasa berkenaan prosedur kerja ke atas pesakit di klinik kami. Harap dapat perkongsian yang bermanfaat. Soalan nya, batalkah puasa
1) pesakit melakukan "nasal douching", ini adalah 1 prosedur kerja membersihkan hidung menggunakan air, air di masukkan ke dalam hidung dan di keluarkan semula tujuan untuk membersihkan hidung (boleh rujuk u tube untuk mengetahui caranya).
2) prosedur kerja melakukan nasal skop hingga ke tekak, ini memasukkan camera skop ke dalam hidung hingga ke tekak, tujuan untuk menentukan diagnosa.
3) mencuci telingan menggunkan mesin mencuci telinga, tujuan bersihkan tahi dan benda asing di dalam telinga.
Dengan ini saya dahulukan jutaan terima kasih atas perkongsian.
Jawapan
Merujuk kepada soalan puan:
Soalan 1
Prosedur memasukkan air ke dalam hidung dan mengeluarkannya semula melalui ruang hidung yang lain sebagaimana yang dilakukan di dalam proses "nasal douching" dikhuatiri membatalkan puasa sekiranya terdapat air yang memasuki tekak atau ke bahagian otak.
Soalan 2
Penggunaan camera skop ke dalam hidung melalui tekak adalah membatalkan puasa kerana ia telah melalui rongga yang dalam.
Soalan 3
Mencuci telinga menggunakan mesin mencuci telinga bagi tujuan bersihkan tahi dan benda asing di dalam telinga dikhuatiri membatalkan puasa sekiranya melepasi batas gegendang telinga.
Untuk pembacaan tambahan sila rujuk Panduan Berpuasa Bagi Pesakit yang dikeluarkan oleh JAKIM yang boleh didapati di alamat: https://dokumen.tips/download/link/buku-panduan-puasa-bagi-pesakit.html