BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

1. apakah maksud syahwat ?

2. jika kita tertarik dengan sesuatu benda adakah itu naik syahwat?

3. jika kita melihat anime tetapi tidak naik syahwat apakah hukumnya?

4. jika kita minat dengan karekter anime atau manusia adakah itu syahwat, dan adakah itu dibenarkan?

5.adakah video ini dikategorikan menaikan syahwat?

bagi saya video ini normal, tetapi jika ada seseorang naik syahwat melihat video ini adakah owner video akan mendapat dosanya sekali? bagi tuan video ini bole menaikan syahwat ?

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

1) Syahwat bermaksud berahi atau nafsu/ keinginan untuk melakukan hubungan seks atau bersetubuh/ hubungan kelamin antara suami dan isteri.

2) Tertarik atau suka kepada sesuatu benda atau perkara tidak dianggapkan sebagai naik syahwat, melainkan dengan melihat benda atau perkara itu menyebabkan rasa berahi atau menaikkan nafsu seks. 

3) Tidak mengapa untuk melihat gambar anime selama anime itu tidak berupa seorang wanita yang seksi atau tidak berpakaian.

4) Setakat minat atau menyukai karekter anime atau manusia tidak dianggap syahwat. Tidak menjadi suatu kesalahan selama ia tidak membawa kepada perkara kemungkaran.

5) Video itu tidak menaikkan syahwat atau nafsu seks.

Jika kita tahu video tersebut boleh menaikkan syahwat kepada rakan kita, maka kita tidak boleh berkongsi video tersebut dan berdosa jika berbuat demikian. Namun jika kita tidak tahu, maka itu bukanlan suatu kesalahan.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 494

message user image