BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Mengenai faraid. Arwah adik saya pompuan tinggalkan suami & anak2, 4 orang (3 lelaki & 1perempuan), ada tak bahagian untuk mak saya dari segi harta peninggalannya.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, jika arwah masih mempunyai ibu, bahagiannya adalah 1/6 daripada harta peninggalan simati kerana simati mempunyai suami dan anak. Namun, pembahagian harta tidak boleh dilakukan (faraid) selagi belum diselesaikan perkara-perkara berikut menggunakan harta peninggalan simati iaitu: 1. Menguruskan jenazah si mati. 2. Membayarkan segala hutang si mati, sama ada yang menjadi hak Allah SWT seperti zakat, atau hak manusia seperti hutang. 3. Melaksanakan wasiat si mati (jika ada) dengan syarat-syarat tertentu. Setelah diselesaikan perkara-perkara tersebut, bakinya barulah dibahagikan kepada suami, anak-anak dan ibunya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 112

message user image