BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Salam Sejahtera, apakah hukum mengambil hadiah percuma apabila syarikat membeli sesuatu barangan. Contohnya, syarikat beli penyaman udara dan diberikan hadiah percuma dan saya berniat untuk mengambil hadiah percuma tersebut.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, jika puan berniat untuk mengambil hadiah percuma tersebut, mestilah meminta izin dan kebenaran daripada pihak syarikat. Ini kerana hadiah tersebut diberi percuma kepada pihak syarikat di atas pembelian barangan tersebut. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 100

message user image