BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

salam ustaz,

Saya kalau masuk tandas paling cepat setengah jam baru keluar. menyusahkan orang lain je tunggu saya kelaur. 
Ini kerana lepas cuci , hujung lubang kemaluan masih basah walaupun dah lap sampai kering pada awalnya denagn tisu..ada sikit sangat air yang ada . dah istibrak sungguh2 ke apa ke masih macam tu. Saya boleh bertahan tak kencing lagi tapi air masih ada di hujung anu. kalau saya teran lagi, keluar balik lah kencing... jadi ia berulang ulang. Kadang2 saya cuba istinjak dengan tisu sahaja, untuk tak nak keliru sama ada air itu air kencing atau air basuhan, tapi masih lagi ada air yang sangat sedikit keluar di hujung kemaluan jadi maksudnya memang benar itu air kencing. Air yang keluar tu sangat sedikit dan bukannya menitis pon.

saya ada baca step untuk orang yang kencing tidak lawas seperti pastikan air kencing tidak keluar, istinja dan balut guna tisu, tetapi masalah saya air kencing itu akan berhenti cuma saya kena tunggu lama sangat untuk benar2 pastikan air kencing itu tiada di hujung kemaluan. Jadi nak balut pon kena tunggu lama. Hal ini juga sebabkan saya selalu solat lewat dan tak berjemaah sebab nak tunggu air itu kering. Kadang2 waktu subuh pon terlepas sbb saya terpaksa tunggu hampir berjam untuk kering. Kerana saya ada baca yang saya tidak diketegorikan dalam kalangan salisul baul sbb air kencing saya akan berhenti dan saya hanya boleh solat apabila waktu air kencing itu tidak lagi keluar.


macamna ni ustaz nak capai taraf cuci yang betul...tak kan nak duduk dlm tandas lama lama ...boleh ke lepas saya buang air, cuci dan terus keluar dan jangan chek lagi anu nya tu masih ada air atau tidak? Saya sebernanya sudah penat dengan perkara ni. Hidup saya jadi tunggang langgang dan menyusahkan ramai orang. Lagi teruk waktu kerja sbb saya ada masa yang sesikit ja untuk solat. Kadang time nak solatlah time tu rasa tak tahan nak kencing. Masalah was2 juga dah datang. Saya dah pergi jumpa Doktor tapi tiada masalah. Ada ka apa2 penyelesaian untuk masalah saya ini. 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada permasalahan yang diajukan, terdapat unsur-unsur yang memberat-beratkan dalam aspek taharah ini dalam diri anda. Adalah dinasihatkan agar tidak melakukan perbuatan sedemikian, ini kerana akan menjadikan anda terbeban dengan perasaan anda sendiri. Di dalam agama Islam tidak disuruh mencari-cari najis yang keluar dari kemaluan. Apa yang kita disuruh apabila membuang air adalah dengan membersihkan tempat atau bahagian yang terkena najis sahaja. Ini yang diperintahkan di dalam agama Islam. Kita tidak disuruh melihat dari lubang kemaluan apakah masih terdapatnya najis keluar ataupun tidak, bahkan sebenarnya apabila kita beristinjak dengan menggunakan air, maka sudah tentu terdapat saki-baki air yang turun dan berkumpul di hujung kemaluan dan seterusnya menitis. Memang perkara ini akan berlaku, kerana itu apabila telah dipastikan air kencing atau najis telah keluar habis, maka yang menitis selepas beristinjak itu adalah air atau bekas air yang telah kita gunakan untuk membersihkan bahagian atau tempat keluarnya najis.

Hukum asal sesuatu itu adalah suci, maka ia akan terus kekal suci. Manakala najis itu sifat atau keadaan yang mendatang, maka ia perlu dibuktikan dengan keyakinan, dan bukan ragu-ragu. Perasaan tidak yakin atas sesuatu itu merupakan penyakit was-was pada diri anda yang perlu dielakkan dan dijauhi bagi  menggelakkan permasalahan yang lebih berat kepada diri anda pada masa akan datang. Perasaan was-was itu adalah gangguan dari syaitan. Para ulama’ amat mengambil berat mengenai penyakit ini kerana jika dibiarkan berlarutan boleh menjadi sesuatu yang lebih kronik kerana ianya penyakit yang berkaitan dengan jantung hati.  

Berdoalah kepada Allah SWT semoga kita dijauhi dari penyakit was-was ini.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 1670

message user image