BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum. Saya ingin bertanya. Kalau seseorang telah melabur di tempat yang tidak patuh syariah seperti ada yang diperoleh dari riba kemudian hasil yLa digunakan untuk membeli laptop dan laptop itu digunakan untuk membuat kerja2 untuk mencari rezeki dan memperoleh income daripadanya. Adakah wang itu menjadi haram? Adakah laptop tersebut perlu dilupuskan atau bolehkah dia mensucikan semula nilai wang riba yang diguna untuk membeli laptop tersebut dengan menggantikan wangnya sendiri (dari harta halal) yang dikumpulkan dan menyalurkan kepada baitulmal? Adakah dengan cara ini dia boleh sucikan nilai wang riba yang telah digunakan? Dan adakah dengan cara ini die masih boleh menggunakan laptop tersebut? Terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله و بركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه الأجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, hasil daripada pelaburan yang tidak patuh syariah adalah tidak halal dan perlu diserahkan ke Baitulmal. Walau bagaimanapun, pelabur masih berhak terhadap modal pelaburan tersebut. Seandainya hasil daripada pelaburan yang tidak patuh syariah itu digunakan sebagai modal, dalam kes ini membeli sebuah komputer riba, bagi memulakan suatu perniagaan yang diharuskan, maka hasil daripada perniagaan tersebut adalah halal berdasarkan usaha atau kerja yang dilakukan yang diharuskan. Namun, dia perlu menggantikan dengan kadar segera modal tersebut, iaitu harga komputer riba tersebut, dengan menyerahkannya kepada Baitulmal. Dengan itu, dia boleh memiliki dan terus menggunakan komputer riba tersebut secara halal.

Perkara ini diharuskan sekiranya dia tidak mengetahui larangan menggunakan hasil pelaburan yang tidak patuh syariah. Seandainya dari awal lagi mengetahui larangan menggunakan hasil pelaburan tidak patuh syariah dan dengan sengaja menggunakan wang tersebut dengan niat untuk menggantikannya, maka ia tidak diharuskan.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 172

message user image