BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Adakah dikira riba kalau bayar yuran secara ansuran rm10 sebulan untuk 12 bulan = Rm120.. Tetapi kalau bayar sekali gus rm100. Sahaja..  ( mereka kata Diskaun sebab bayar sekali gus) Mohon Pencerahan.. Terima kasih banyak banyak 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Dalam Islam, riba adalah haram dan pihak yang terlibat dengannya akan mendapat dosa besar. Hal ini dapat dilihat melalui firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah ayat 275:

وَأَحَلَّ اللَّهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا

Maksudnya: Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba.

Dari segi bahasa, riba bermaksud pertambahan dan peningkatan.

Manakala dari segi istilah pula, riba bermaksud sebarang tambahan ke atas hutang akibat tempoh dan tambahan dalam urusan melibatkan item-item tertentu (ribawi) seperti matawang, emas dan perak dan juga makanan asasi seperti tamar, beras, garam, gandum dan barli.

Daripada definisi ini, dapat difahami bahawa riba boleh terhasil daripada hutang dan juga jual-beli item ribawi.

Oleh yang demikian, persoalan yang diberikan pihak tuan berada di luar ruang lingkup definisi riba dan tidak berlaku pengamalan riba kerana harga yuran sebenarnya adalah RM120.00 dan pihak penganjur memberikan diskaun (penolakan) RM 20.00 sekiranya dibayar secara penuh.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 149

message user image