Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Saya dan suami saya berkahwin pada 3/11/17 di negeri kelantan. Suami saya telah merahsiakan perkawinannya dengan perempuan bernama ella pada 13/9/17 di songkhla dan tidak daftar di malaysia sehingga sekarang. Apakah hukum jatuh keatas perkawinan kami? Suami saya dengan niat untuk menipu saya sepanjang perkawinan kami selama 8 bulan? Saya rasa tertipu dengan pengakuan status suami saya.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudari, pernikahan itu sah jika cukup semua rukun nikah iaitu bakal suami, bakal isteri, wali, 2 orang saksi serta ijab & kabul. Jika cukup kelima-lima syarat maka pernikahan itu sah. Yang menjadi permasalahan mengikut penjelasan saudari, ia adalah menyalahi prosedur perkahwinan sesuatu negeri. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.