BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

SAYA INGIN BERTANYA TENTANG WASIAT WAJIBAH.  APAKAH CUCU LELAKI YANG TAK SAH TARAF/ANAK LUAR NIKAH ATAU ANAK ANGKAT KEPADA ANAK PEREMPUAN LAYAK MENDAPAT WASIAT WAJIBAH DARIPADA NENEK. 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan,

Anak tak sah taraf atau anak luar nikah adalah sah nasab kepada ibunya. Oleh itu anak tak sah taraf boleh mewarisi harta peninggalan ibunya dan juga boleh mewariskan harta kepada ibunya. Secara umumnya, anak tak sah taraf layak menerima wasiat wajibah dari harta peninggalan nenek sebelah ibunya, namun perkara ini perlu dipanjangkan ke mahkamah syariah untuk diputuskan dan disahkan di mahkamah.

Manakala anak angkat secara umumnya tidak boleh mewarisi harta peninggalan keluarga angkatnya dan dia juga tidak boleh mewariskan hartanya kepada keluarga angkatnya melainkan anak yang diangkat itu mempunyai talian darah dengan keluarga angkat yang termasuk di dalam ashabul furud atau orang yang layak mewarisi antara satu sama lain. Penjelasan lanjut tentang perkara ini boleh hubungi Baitulmal Majlis Agama Islam Selangor di talian 03-5514 3773/3772.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.                                                                     


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 149

message user image