Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum. Adakah memadai ketua keluarga seorang sahaja yang melakukan ibadah korban untuk seluruh keluarga. T kasih.
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang diajukan, hukum melakukan ibadah korban adalah sunnah muakkadah dan ianya adalah sunat kifayah. Sunnah muakkadah bermaksud ia adalah suatu ibadah yang sangat dituntut di dalam agama Islam bagi mereka yang berkemampuan. Sunnah kifayah pula bermaksud apabila salah seorang daripada ahli keluarga (sama ada ketua keluarga, suami, isteri, anak atau lain-lain) yang tinggal bersama melakukan korban, maka ia adalah memadai untuk seluruh anggota keluarga itu mendapat pahala korban tersebut.
Ini adalah pandangan jumhur Fuqaha' antaranya mazhab Al-Syafi'i berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan daripada Sayyidatina Aisyah RA bahawa Rasulullah SAW berdoa ketika melakukan penyembelihan korban:
Maksudnya: Dengan nama Allah. Ya Allah! Terimalah (korban ini) daripada Muhammad, keluarga Muhammad, dan daripada umat Muhammad. (Riwayat Muslim)