BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum tuan,

1) apa hukum mempunyai hobi membuat koleksi minyak wangi (perfume)? 

2) Adakah hukumnya haram dalam Islam kerana membazir? 
3) Jika saya menggunakan, kesemua minyak wangi yang berada dalam koleksi saya,adakah itu dikira tidak membazir tuan ?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

1. Hukum menyimpan barangan koleksi peribadi seperti minyak wangi dan menjadikan ia sebagai hobi adalah antara satu sifat manusiawi. Namun, perlu diingat barangan koleksi simpanan kita tidaklah membawa kepada pembaziran sehingga tidak digunakan dan dianggap sia-sia. Setiap harta yang kita perolehi sudah tentu akan dipertanggungjawabkan di akhirat nanti sepertimana hadis Nabi SAW, daripada Abi Barzah al-Aslami bahawa Rasulullah SAW bersabda:

لا تزولُ قدَما عبدٍ يومَ القيامةِ حتَّى يسألَ عن عمرِهِ فيما أفناهُ ، وعن عِلمِهِ فيمَ فعلَ ، وعن مالِهِ من أينَ اكتسبَهُ وفيمَ أنفقَهُ ، وعن جسمِهِ فيمَ أبلاهُ

Maksudnya: Tidak akan bergeser dua tapak kaki seorang hamba pada hari kiamat nanti sehingga dia ditanya (dipertanggungjawabkan) tentang umurnya ke mana dihabiskannya, tentang ilmunya bagaimana dia mengamalkannya, tentang hartanya dari mana diperolehinya dan ke mana dibelanjakannya, serta tubuh badannya untuk apa digunakannya. (Riwayat Tirmizi)

Walau bagaimanapun, Islam tidak melarang kita membelanjakan harta dengan membeli barangan yang kita sukai dan digunakan untuk kebaikan serta dalam masa yang sama ia tidak membazir dan sia-sia.

2. Membazir merupakan sifat yang dikeji di dalam Islam sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Isra' ayat 27 yang menyifatkan orang yang membazir sebagai sabahat atau saudara syaitan:

إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُوا إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُورًا

Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang boros/ membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.

3. Tidak dianggap membazir selama penggunaannya mengikut adat kebiasaan dan tidak berlebih-lebihan atau bukan pada perkara yang tidak sepatutnya.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 228

message user image