BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum saya perlukan bantuan berkenaan ibadah korban

 

Arwah ayah saya pernah mewasiatkan untuk mejalankan ibadah korban bagi pihaknya. Soalan ialah nama ketika melakukan ibadah korban itu perlu nama ayah sahaja atau bagaimana? 

 

Dan hukum pengagihan daging korban tersebut. 

 

Terima kasih tuan


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العلمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Melakukan ibadah korban kepada orang yang telah meninggal adalah tidak diharuskan  menurut pendapat yang muktamad dalam mazhab Shafi'i melainkan jika diwasiatkan. Ini kerana korban merupakan suatu  ibadah dan salah satu daripada prinsip ibadah ialah ia tidak boleh dilakukan untuk orang lain melainkan jika ada keizinan seperti wasiat, nazar atau sebagainya. Oleh itu adalah diharuskan bagi pihak tuan untuk berkorban atas nama ayah tuan berdasarkan wasiat beliau. Di samping itu, tuan juga boleh berkorban atas nama tuan dan berniat menghadiahkan pahala korban tersebut kepada arwah ayah. 

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 127

message user image